Monday, July 12, 2010

PLC

CPM2A



DEFINISI PLC

PLC di definisikan oleh National Electrical Manufacturers Association of Amerika ( NEMA ) sebagai :

“ Satu sistem elektronik beroperasi digital yang digunakan di dalam persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh diaturcara untuk simpanan dalaman ke atas arahan-arahan untuk melaksanakan fungsi tertentu seperti logik, turutan, pemasaan, pembilang dan pengiraan matematik untuk mengawal berbagai mesin atau proses melalui modul masukan dan keluaran digital ataupun analog.


LATARBELAKANG PLC

Di antara faktor awal yang mengujudkan rekaan dan pembangunan sistem kawalan yang boleh di aturcarakan adalah seperti berikut :

  • Keperluan kos yang rendah
  • Penggunaan secara pintar
  • Pengawal yang mudah dikawal

PLC yang pertama telah direka oleh sekumpulan jurutera di Syarikat General Motor (GM), Amerika Syarikat dalam tahun 1968 bila syarikat tersebut mencari kaedah lain untuk menggantikan sistem kawalan geganti yang rumit. Mereka juga telah menetapkan bahawa spesifikasi sistem kawalan yang baru ini mestilah memenuhi keperluan berikut :


  • Mudah diaturcarakan
  • Tidak perlu pendawaian semula keatas sistem kawalan jika berlaku perubahan keatas aturcara
  • Lebih kecil, murah dan keboleharapan yang tinggi.
  • Binaannya ringkas dan penyelenggaraanya murah.
  • Kos yang kompetitif.

FUNGSI PLC: PLC MELAKUKAN JENIS KAWALAN BERIKUT:


JENIS KAWALAN


Kawalan Jujukan
  • Pengganti Geganti Kawalan Logik Konventional
  • Pemasa / Pembilang
  • Pengganti Kad Kawalan Papan Litar Bercetak
  • Pengawal Mesin dan Proses bagi Kawalan Automatik, Separuh Automatik dan Manual



Kawalan Canggih

  • Menyelesaikan Operasi Matematik ( +, -,¸ x )
  • Menguruskan Maklumat
  • Kawalan Analog ( suhu, tekanan dll. )
  • Kawalan Motor Servo
  • Kawalan Motor Pelangkah
  • Kawalan P.I.D ( Propotional – Integral - Derivation )


Kawalan Seliaan


  • Proses Paparan dan Penggera
  • Diagnosis dan Paparan Kerosakan
  • Antaramuka dengan Komputer ( RS 232C / RS 422 )
  • Antaramuka Pencetak / ASCII
  • Rangkaian Automasi Kilang
  • Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)
  • Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
  • Automasi Kilang (FA), Sistem Pengilangan Bolehlentur (FMS), Pengilangan Bersepadu Komputer (CIM) dll.



KELEBIHAN PLC

  • Tempoh perlaksanaan sesuatu projek kawalan yang pendek.
  • Mudah dibuat pengubahsuiaan aturcaranya
  • Pengiraan kos projek yang tepat.
  • Memerlukan masa latihan yang pendek.
  • Rekabentuk sistem kawalan mudah diubah dengan menggunakan perisian.
  • Aplikasi kawalan yang meluas.
  • Penyelenggaraannya mudah.
  • Kebolehharapannya tinggi.
  • Perkakasan pengawal yang piawai.
  • Ketahanan kepada masalah persekitaran proses( suhu, lembapan, ketidakstabilan voltan dan hingar ) yang baik.