Wednesday, May 26, 2010

Setiap ujian hadapilah dengan sabar…

Setiap ujian hadapilah dengan sabar…



Bermacam-macam ujian kita hadapi.siapa kita? Pelajar, pekerja, penganggur..semuanya menghadapi dugaan dan ujian dalam hidup ini. Bezanya Cuma samada ujian tu kecil dan besar sahaja. Apa pun setiap ujian yang kita terima dari Allah s.w.t itu..kita mestilah menghadapinya dengan sabar, terima lah ujian dan dugaan itu seadanya. Kerana pasti ada hikmah di sebalik ujian itu. Lumrah kehidupan ..Hidup umpama roda, kadang-kala kita berada dibawah,kadang-kala kita berada diatas.. Begitulah putaran kehidupan. Tapi jangan lah sesekali kita lupa kehidupan dibawah ketika kita di atas.dan janganlah kita bersedih ketika kita berada di bawah..Sebenarnya..Tika kita dilanda kesusahan,ingatlah bahawa masih ada insan lain lagi yang lebih susah daripada kita..

Jika kita seorang penunggang motorsikal,janganlah kita bandingkan diri kita dengan seorang pemandu kereta mewah tapi bandingkan lah diri kita dengan seorang pengayuh basikal.. kerana kita berfikir bahawa hidup kita sukar kerana hanya menunggang motorsikal sahaja..tapi sedarkah kita bahawa disana masih ada yang hanya mengayuh basikal… tapi janganlah kita pandang pemandu kereta dan berfikir bahawa kita lemah. Kerana kita dapat mengambil inspirasi dan kekuatan dari situ dari situ. Fikirkan diri kita akan mampu setaraf dengannya jika kita berani mengubah diri kita kepada yang lebih baik.Cuba capai cita-cita dan impian kita. Malah kita boleh jadi lebih Berjaya daripada pemandu kereta mewah itu..

Sunday, May 23, 2010

rahsia solat...

rahsia solat

Inilah dia rahsia solat, sebagai pengetahuan kita dan sama2 lah kita mengambil iktibar daripadanya ..

1 -Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -I’tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

memperindahkan diri kita..

memperindahkan diri kita

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kuranngnya 5 kali sehari dengan air wuduk.biarkan air wuduk kering sendiri.jangan lapkan muka anda. Lalu ambillah sejadah, solat,berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah olahraga. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- doa semasa tengok cermin.

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.jadi, sama-sama lah kita mengamalkannya k.....

kenangan semalam





Hari berlalu..musim berganti….

Namun hati ini tetap sama…

Masih tidak berubah walau sedikit pun..

Perasaan sayang, cinta ..pada kenangan itu masih wujud..

Tidak pernah hilang dan mungkin juga tidak akan padam..

Malah rindu ini kian bertamu..

Tidak sedikitpun luntur walaupun masa kian berlalu..

duhai temanku..

Kenangan itu..Tidak ku undang..

Hadir menerjah ingatan…

Dia , engkau…walau

Terkubur dalam suatu kenangan..

tetapi mengapa sering kau masih mejelma.

Itulah lumrah kehidupan..

Kenangan semalam tak kan pernah padam.

kekadang ia hadir sebagai peneman

Tika sendirian..

Tika keseorangan ..

Tika dilanda kesunyian yang mencengkam..

dikala kerinduan..

Padamu teman2 andai aku pencalar kenangan semalam..

Maafkanlah aku..




p/s: baru berkecimpung lam bidang puisi jiwang nie..(tu pun x diiktiraf lg hu3). so x taw cmne nk wt puisi di atas lg jiwg g2..ha3(tapi perlu k erk? em..aku pun x pasti..pe yang ade lam hati nie..n juga lam fikiran ku ini ku luahkan..so,pada anda yang xsuke jiwg2 tu..sorry la erk...he3)

Thursday, May 13, 2010

khasiat air putih..

Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih.Tahukah anda bahawa air putih mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

Berikut enam sebab yang saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan
-Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet.he3. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
-Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
-Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan berkesan.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
- Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
- Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
-Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

ha...apalagi..jom lepas nie .kita pakat minum air putih banyak2..(tapi jangan terover lak ek...hu3)

Gabungan warna serlahkan seri wajah

SOLEKAN penting untuk mereka yang mahu menghadiri sebarang majlis selain pakaian. Namun, solekan perlu bersesuaian bagi menonjolkan penampilan.

solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.

Bagi solekan waktu malam, , warna yang digunakan perlulah lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

Solekan mata, perlu diserlahkan dengan warna seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau terang berbanding bahagian bawah muka iaitu bahagian bibir dan pipi.

Pembayang mata dengan warna terang dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.
selain pembayang mata, pemerah pipi dan gincu juga perlu senada dan bersesuaian jika tidak solekan tidak nampak seimbang.

Langkah Demi Langkah:

1. Pemakaian bedak asas dengan menggunakan span (sapu ke bawah). Jika mahu sapuan bayangan gelap tulang pipi dan hidung boleh di buat untuk membentuk wajah.
2. Ratakan bedak debu ke seluruh muka menggunakan span khas. Kemudian gunakan berus besar untuk warna sekata.

3. Pembayang mata berwarna ungu lembut disapukan pada kelopak mata kemudian sapukan ungu yang lebih gelap di bahagian bawah hujung kening bagi menyerlahkan bentuk kening. Gunakan teknik 'smoke'.

4. Lukis kening mengikut bentuk kening yang asal. Bagi kening tebal kemaskan dengan menggunakan berus.

5. Lukis celak ikut bentuk mata menggunakan pensil atas dan bawah dilukis tebal. Kemudian sapukan warna ungu di bawah mata buat teknik 'smoke' untuk menyerlahkan lagi mata.

6. Pilih pemerah pipi yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sapu dari atas tulang pipi hingga ke tengah pipi supaya dapat menyerlahkan pipi. Gunakan campuran warna merah jambu dan coklat

7. Pilih gincu atau pengilat bibir yang sesuai dengan warna kulit bagi menyerlahkan lagi wajah dan solekan anda. Lukis bibir menggunakan warna yang sama dengan gincu kemudian sapukan gincu dan akhir sekali dengan pengilat bibir dan boleh gunakan berus untuk meratakan gincu dan pengilat bibir.


p/s: terasa lak nak cuba make-up lepas nie..hu3..tapi xde pegalaman lagi bab2 make-up nie..

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

kehidupan sebagai seorang pelajar

Kehidupan sebagai seorang pelajar ini banyak menuntut sebuah kesabaran dan ketabahan.Namun begitu, kehidupan sebagai seorang pelajar juga adalah pengalaman yang paling indah dalam hidup kita. Kata orang zaman ini adalah zaman yang paling best dalam hidup. Yela, pada masa ini lah kita belajar menghargai sebuah persahabatan, perhubungan dengan rakan-rakan yang jarang sekali kita perolehi.


Disini kita kenal kawan-kawan kita.pelbagai pengalaman kita tempuhi bersama. Suka dan duka sama-sama ditepuhi. Ia merupakan kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Kenangan itu akan tetap segar dalam ingatan. Kerana kawan-kawan lah yang melengkapkan hidup kita. Tanpa kawan-kawan mesti sunyi kan? Hidup pun tidak berwarna. Umpama tv hitam putih sahaja. He3. Apa-apa pun hargailah kawan-kawan kita, kerana kita tidak mungkin ada peluang dua kali untuk mengenali mereka. Kalau ada pun, peluangnya tipis sekali. To all my friend.. I want to say that I love you all so much..

my classmate...

learn to love




Learn to love challenge, and you'll fill your life with accomplishment. Learn to love effort, and your skills will grow more valuable with each passing day.

Learn to love making a difference, and doors will quickly open for you wherever you go. Learn to love giving freely of yourself, and you'll receive more fulfillment than you ever could imagine.

Learn to love being the authentic person you are, and everything you do will be infused with integrity. Learn to love whatever work you're doing, and that work will bring abundant rewards.

Learn to love beauty for beauty's sake, and you'll discover a wealth of it in places no one else would even think to look. Learn to love unconditionally, and there will be no limit to what your love can accomplish.

Learn to love life just because it is, and each day will be a grand new adventure. Learn to love the moment you're in, and you'll find richness in every direction.

Learn to love the possibilities, and you'll make your way to whatever you seek. Learn to love no matter what, and you'll discover what a miracle you truly are

Wednesday, May 12, 2010

8 cara untuk kita gembirakan insan sekeliling kita

1. Wajah yang selalu cerah dan ceria
Rasulullah SAW sentiasa berwajah ceria, baginda pernah bersabda : “Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesyugulan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksa memikul bebanan yang berat, ia akan menjadi buta.” (Sunan Abu Daud)

2. Senyuman yang tulus
Rasulullah jua sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan bagi sesiapa yang melihatnya. Seperti yang kita tahu, senyum itu adalah sedekah, senyuman yang tulus mempunyai daya sentuh terus kedalam lubuk hati, senyuman adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang cintakan kebaikan. Senyuman tidak bisa dimiliki oleh orang-orang yang keji, sombong, angkuh dan orang yang busuk hati.

3. Kata-kata yang santun dan lembut.
Ketika bercakap, pilihlah kata-kata yang paling sopan dan sampaikan dengan cara yang lembut, kerana sikap ini dilakukan oleh Rasulullah ketika berbincang dengan para sahabatnya, sehingga terciptalah suasana yang menyenangkan. Hindari kata yang kasar, menyakitkan, merendahkan, mempermalukan dan jauhkan daripada bernada keras dan berlebihan.

4. Senang menyapa dan mengucapkan salam
Usahakanlah untuk menjadi orang yang paling dulu menyapa dan mengucapkan salam. Jabatlah tangan kawan (sama jenis) dengan penuh kehangatan dan lepaslah tangan sesudah dilepaskan oleh orang lain, kerana itu adalah contoh Rasulullah. Jangan lupa untuk menjawab salam dengan sempurna dan penuh perhatian.

5. Bersikap sopan dan penuh penghormatan
Jika Rasulullah berbincang dengan para sahabat, baginda berusaha menghormati mereka dengan cara duduk yang penuh perhatian, ikut tersenyum jika sahabatnya melucu, an ikut merasa takjub ketika sahabatnya mengisahkan hal yang mempersona, sehingga setiap orang merasa dirinya sangat diutamakan oleh baginda.

6. Senangkan perasaannya
Pujilah dengan tulus dan tepat terhadap sesuatu yang layak dipuji sambil kaitan dengan kebesaran Allah sehingga orang yang dipuji akan terinagat kembali sumber nikmat yang diperolehinya, sampaikan ucapan terima kasih dan mendoakan orang yang dipuji. Dengan cara ini akan membuatnya merasa bahagia. Dan ingin diingatkan disini jangan sekali-kali bakhil untuk ucapkan terima kasih.

7. Penampilan yang menyenangkan
Gunakanlah pakaian yang rapi, kemas dan harum. Menggunakan pakaian yang baik bukanlah tanda kesombongan. Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, tentu sahaja dalam batas yang sesuai syariat yang disukai Allah.

8. Maafkanlah kesalahannya
Jadilah pemaaf yang berlapang dada dan ikhlas terhadap kekurangan dan kesalahan orang lain kepada kita, kerana hal ini akan membuat bahagia dan senang siapa pun yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita, dan tentu hal ini akan menaikan imej kita di hatinya.

Aturan ini adalah sekadar perkongsian. Itu semua bergantung pada keberkesanan kita untuk mengamalkannya. Apa-apa pun kita kembali kepada niat kita. Semoga kita peroleh manfaat..

cinta..

Kasih…Saat kau lafazkan kata2 itu..
Jatuh airmata wanitaku..
Mengalir laju…
Kenapa dan mengapa..

persoalan demi persoalan datang menerjahku..

Kasih…andainya cinta itu tidak memberikan apa-apa erti..
Nescaya tidak akan pernah wujud getaran rasa ini..
Kasih..andainya cinta itu tidak beerti
Nescaya cinta antara kita tidak pernah sampai ke tahap ini..

Sayangnya..
cinta diumpamakan barang permainan
Yang begitu murah, tak bernilai dan tiada harganya..
Kenapa….
Aku percaya cinta itu tidak buta..
Kerana aku dilahirkan atas rasa cinta..
Aku percaya cinta itu tidak buta..
Kerana aku pernah lihat keajaibannya…
kerana cinta itu darinya..
kerana cinta itu anugerahnya…

Apa lelaki suka dan tidak suka tentang wanita

Selamat pagi sume…saya amat tertarik dengan kenyataan dibawah nie…apa yang membuatkan lelaki suka kepada wanita..dan juga apa yang lelaki tak suka bila wanita 2 buat…
Hu3…leh praktik nie…he3..




Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.”
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki



Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

xder keje..^_*

Di saat kebosanan melanda diri ini...lantas ku membuat something....jeng3...

pic 1






pic 2








pic3





pic 4







pic 5

Majlis Anugerah Ketua Jabatan( 11 may 2010)


Hari ini satu majlis yang boleh dikatakan agak meriah telah dilaksanakan di dewan HM. majlis bermula pada jam 2 petang dan tamat kira2 jam 4.30 petang.
Tujuan majlis anugerah ketua jabatan diadakan bertujuan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, dengan mendapat HPNM 3.5 dan keatas. Pelajar diberikan sijil penghargaan dan juga cenderahati.Tahniah di ucapkan kepada rakan-rakan yang mendapat AKJ. Bagi yang tak dapat, jangan kecewa. Tapi teruslah berusaha agar pada semester akan datang AKJ menjadi milik anda. Usaha tangga kejayaan..chayok2…



Majlis Anugerah Ketua Jabatan sesi januari 2010





cenderahati

Tuesday, May 11, 2010

Bahaya Bulimia

Bulimia: Kaedah Kuruskan Badan yang Boleh Bawa Maut


Gaya model kurus bak papan lapis, menjadi idaman kebanyakan remaja. Bahkan, tuntutan dunia peragaan yang masih percaya kepada falsafah semakin kurus semakin cantik dan laris sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada masalah bulimia di kalangan remaja.

Bulimia? Mungkin ramai di antara kita biasa mendengar perkataan ini walaupun tidak tahu secara mendalam tentangnya namun mungkin ada juga yang tidak pernah langsung mendengar perkataan ´bulimia´ ini. Apakah maksud sebenar ´bulimia´ ini?Secara umumnya bulimia atau ´Bulimia Nervosa´ merupakan salah satu penyakit yang berkait rapat dengan tabiat permakanan seseorang. Bulimia terjadi kepada mereka yang terlalu ingin menguruskan badan sehingga sanggup mengawal pemakanan secara yang melampau.

Pesakit bulimia ini biasanya menganggap diri mereka sebagai terlalu gemuk dan mempunyai potongan badan yang tidak menarik. Ia juga merupakan masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan.Pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian ´memuntahkan´ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat buang air besar, puasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman yang keterlaluan.

Kaum wanita biasanya lebih terdedah kepada penyakit ini berbanding lelaki. Ini kerana lumrah bagi setiap wanita untuk kelihatan langsing dan cantik pada pandangan umum. Oleh itu, bulimia menjadi pilihan mereka untuk kurus dengan sekelip mata. Individu yang mengalami masalah ini berasakan diri mereka gemuk, walaupun kenyataannya berat badan mereka normal.Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar psikologi untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit bulimia. Kebanyakan mereka percaya penyakit ini disebabkan oleh ketidakpuasan seseorang terhadap bentuk badannya sendiri dan ia juga berkait rapat dengan psikologi dan gangguan minda.Berbeza dengan masalah aneroksia nervosa kerana golongan ini tidak makan langsung semata-mata mahu kurus.

Biasanya pesakit bulimia rasa bersalah pada diri sendiri setiap kali mereka makan dan ini menyebabkan mereka ´memuntahkan´ semua yang dimakan. Penyakit ini juga bermula dengan ketidakselesaan individu terhadap berat dan bentuk badan sendiri. Mereka akan membandingkan berat dan bentuk badannya dengan orang lain. Golongan ini biasanya menyembunyikan perlakuan ´makan banyak dan muntah´ daripada pengetahuan orang lain.Akibat daripada kekurangan mineral dan zat-zat yang diperlukan dalam badan, hormon dalam badan menjadi tidak seimbang. Ini sekaligus menyebabkan mereka mudah tertekan dan sering hilang kawalan.

Pesakit juga akan kelihatan tidak bermaya, cepat letih, kaki bengkak, hilang deria sentuh pada kaki dan tangan dan mengalami sakit gusi dan gigi.Bulimia ini sebenarnya banyak membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan. Bagi mereka yang mahu kurus, bulimia mungkin memberi pulangan yang mudah. Namun dalam masa yang sama, mereka bakal berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti dehidrasi dan kekeringan, kadar denyutan jantung tidak normal, gigi sensitif serta gangguan pada sistem penghadaman. Selain itu, mereka mungkin muntah bercampur darah yang menandakan ada luka pada esofagus iaitu laluan makanan dari tekak ke perut atau pada perut.Tekanan dan kemurungan adalah masalah paling biasa di alami oleh pesakit bulimia, justeru perlu dirawati dengan segera kerana ada di kalangan pesakit ini cenderung untuk membunuh diri.

Tabiat pemakanan mereka perlu dihentikan daripada terus merebak dan mengancam nyawa mereka. Selain memberikan kaunseling dan nasihat tentang cara pemakanan yang betul, doktor juga biasanya akan memberikan ubat untuk meredakan kesakitan pesakit dan seterusnya dirujuk kepada pakar sakit jiwa sekiranya tiba di tahap yang kronik.Pesakit bulimia ini sebenarnya memerlukan sokongan daripada ahli keluarga kerana kebarangkalian untuk pesakit kembali ke kancah bulimia adalah tinggi. Katakan kepada mereka bahawa penentu kasih sayang bukanlah bergantung kepada bentuk badan seseorang, malah ia bukanlah ciri untuk mencapai kajayaan.

Kesimpulannya, adalah tidak salah bagi kita untuk kelihatan cantik menarik pada pandangan umum, namun, renungkanlah apa yang terpaksa kita korbankan semata-mata untuk tujuan itu. Sanggupkah kita mempertaruhkan nyawa kita yang tidak ternilai ini semata-mata untuk kelihatan langsing dan menarik yang belum tentu berkekalan? Jawapannya di tangan anda.

Mana perginya cintamu..

Yang dulu pernah menjadi cinta teragung kita..
Tetapi kini, dimanakah dirimu menghilang..
Tika ini ku masih lagi teringatkanmu
Dan saat ini kerinduan masih tersisa dihati ini
Sampainya hatimu meninggalkan diriku
Mengharungi kerinduan ini tanpa berteman..

kekasihku..

Katamu dulu aku kau sayang
Katamu dulu aku kau cinta
dan aku juga insan yang kau rindu
tetapi kenapa kini
kenapa kini kau menyepi dengan tiba-tiba
kenapa kini kau menjauh dariku
dan terus menjauh
kenapa kekasihku..
andai ternyata khilafku menyintaimu
andai ternyata khilafku menyayangimu
maafkan diriku kekasih
atas kekhilafanku ini...






p/s: ntah camne la, boleh lak terhasil kata-kata jiwangku nie...he3..pe2 pun selamat hayati keyh...

:-p

Cinta lama biarkan berlalu

Cinta lama.. bagiku biarkanlah ia berlalu…walaupun ada kalanya kita masih lagi teringat si dia.
Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya.
Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya..
Rasanya baru semalam berlalu. Tetapi Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita ( atau kita pergi meninggalkan dia atas faktor2 tertentu)..
Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya.kata2nya..madah2nya..yang sangat menghiburkan hati..indahnya detik itu..
Namun kita tahu, detik indah itu tidak akan pernah kembali lagi..kerana mustahil untuk satu benda yang sama berulang kembali.jika berulang sekalipun..mesti ada juga bezanya,caranya…
Misteri sungguh perasaan ini…walaupun aku tuannya tapi aku masih tidak cukup kenal..
Kenapa dengan perasaan ini…

Monday, May 10, 2010

7 WAYS TO BURN FAT FASTER

Time your pre-meal snack
Eating a low-carbohydrate protein bar 90 minutes before you work out will enable you to exercise longer and harder (and burn more calories) than you normally would, says Steve Zim, author of “Hot Point Fitness.” However, that 90-minute mark is crucial. Eat any closer to your workout and blood will rush to your stomach, actually diminishing your performance.

Breathe through your nose
Inhaling and exhaling through your nose, rather than your mouth, helps stabilize your heart rate and (like the pre-workout snack) increase your endurance. The result? You work out longer and burn more calories. But don't get discouraged if it feels unnatural at first; it takes about six to eight workouts to perfect.

Do cardio last
Strength-train before doing any cardiovascular work, says Ken Fitzgerald, owner of Lift Gym in New York. Why? It takes the body about 15 minutes to warm up and start burning fat. So, a 30-minute bike ride is really only burning fat for the last 15 minutes of your workout. But, if you lift weights first, your body is warmed up by the time you hit the bike, and you'll burn fat throughout the entire ride.

Value variety
Do the exact same workout every time you hit the gym and your body will start to adapt to it, and eventually stop burning as many calories, says Zim. So if you jog one day, try biking or swimming the next. Or, if you weight-train from the shoulders down one day, next time begin with your legs and work up. The important thing, Zim says, is to keep your body guessing.

Don’t slouch
Slumping over the handlebars on a stationary bike inhibits the amount of oxygen your body can take in and slows your fat-burning process, says Fitzgerald. The bars and handles are there to help you balance, not to support you. If you can't move without holding on, slow down.

Train in intervals
The best way to burn fat is to work out as hard as you can for as long as you can, says Malick Diop, a trainer at Equinox Gyms in New York. But, if you're just starting to exercise, interval training's your ticket. Two minutes on the treadmill at, say, 7 mph, followed by two minutes at 5 mph, then back to 7 mph (and so on) for 20 to 45 minutes will whittle away pounds and build your endurance. Eventually, you'll be able to extend the high-intensity periods (and decrease the low ones) until your whole workout is done at top speed.

Add light weights
It's a fact: The more muscle tone you have the more calories you burn, even when you're sitting still. So, if you can't seem to find time to weight-train and do your cardio, Zim suggests doing biceps curls and overhead presses holding two- to three-pound weights while you're fast-walking or stair-climbing. This will build muscle tone, helping you shed more fat during your cardio workout than you would without the weights.

sumber-nst

Kenapa kita mesti sayang Tuhan?

RUGINYA kita kalau kita tidak cinta dan tidak sayang kepada-Nya. Sedangkan kesayangan kita kepada yang lain, tidaklah berjasa dan berbaik pada kita sebanyak mana Tuhan lakukan untuk kita.
Kenapa kita mesti menyayangi Tuhan?

1) Dialah pencipta dan memberi kemudahan secara percuma dengan segala macam khazanah yang bersifat fizikal, mental dan rohani.

Dalam badan kita ada jantung, hati, paru-paru, usus-usus, buah pinggang, sistem peranakan, sistem penghadaman, ada otak, ada saraf, ada saluran darah dan lain-lain.
Tersimpan juga dalam tubuh kita berbagai-bagai maklumat aqliah seperti ilmu alam, ilmu matematik, maklumat sejarah, sains, ekonomi, rahsia peribadi dan individu lain termasuk maklumat berkenaan alam akhirat. Memang hebat batang tubuh kita ini.

2) Dibekalkan kepada kita dengan seribu perasaan tanpa sebarang bayaran. Seperti rasa sedih, sayu, takut, marah, sayang, rindu, kasih, cinta, gerun, geram, benci, meluat dan jijik.

Bukan itu saja, lautan rasa boleh bertukar warna kepada rasa hebat, megah, sombong, tinggi diri, bangga, rasa mampu, selamat, dan pelbagai lagi.
Tidak kurang juga dengan rasa derita, kecewa, putus asa, terseksa, lara, rasa diri tak berguna, rasa hina, rasa lemah, rasa tidak selamat, rasa serba tak boleh.

Di sudut lain, lautan ini membawa irama gelombang yang lain pula. Rasa bakhil, gila dunia, gila kuasa, gila puji, gila wanita, tamak haloba, hasad dengki, dendam kesumat, rasa nak tipu, nak bohong, nak mencuri, nak bunuh orang, nak bunuh diri, mengangkat diri dan jatuhkan orang.

Ada pula jenis rasa yang indah supaya dapat melayari lautan rasa manusia hingga terbuai-buai kita dibuatnya. Rasa sayang ibu bapa, sayang isteri, suami, sayang anak-anak, sayang kawan, sayang jiran, sayang bunga, sayang barang-barang, sayang hidup, sayang kerja, sayang rumah dan sayang dunia.

Diiringi pula rasa-rasa yang indah ini supaya dapat mengecapi bahagia seperti pemurah, peramah, berprasangka baik, berbudi tinggi, lapang dada, berkasih sayang, memaafkan, rasa bersalah dan meminta maaf, rendah diri, memuliakan, ingin disayangi dan membalasnya.

Tetapi kemuncak dari semua itu, ada satu rasa yang paling mahal daripada semua rasa itu adalah 'rasa bertuhan.' Rasa inginkan Tuhan sewaktu susah. Sungguh ajaibnya penciptaan, pemberian dan anugerah yang maha luas ini.

Bagaimana diri manusia yang sekecil ini dibenarkan memiliki seribu satu macam khazanah rohaniah? Siapa pereka, perancang, pencipta dan mengawal sistem 'super power' ini? Tuhan, bukan? Hanya Dialah yang semampu ini. Hanya Dia yang sebijak dan sekuasa itu! Hanya Dia dan Dia saja.

Sebab itulah Tuhan Yang Agung ini berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia adalah sebaik-sebaik ciptaan dan kejadian."

Instinct atau fitrah kita yang menjawabnya. Sebab fitrah memang dibentuk bersama rasa yakin adanya Tuhan. Rasa mahukan Tuhan.

Sebab itu kita bangga mengaku sebagai seorang hamba Tuhan. Tetapi marah kalau orang tuduh kita hamba syaitan, hamba seks, hamba duit dan lain-lain.

Pelik manusia ini, macam-macam yang dicinta, tetapi marah apabila dikaitkan dengan perkara yang banyak itu. Sebab cinta itu murah.

Sedangkan cinta Tuhan itu mahal. Saintis itu sebenarnya ada rasa mahukan Tuhan. Terutama waktu susah apabila mereka akan memanggil Tuhan dengan kata 'oh my God!' Tetapi sayang perasaan mereka terhadap Tuhan itu tidak dibaja dan tidak disuburkan.

Sedangkan rasa cinta kepada 'girlfriend' itu begitu dipupuk, sayang anak itu dibelai-belai, sayangkan ibu bapa amat dibesar-besarkan.

Sayang dunia, sayang pangkat, cinta kereta dan lain-lain sungguh bertakhta di hati. Sanggup hidup mati kerananya walhal apa sangatlah semua itu pada kita. Ia pernah ada dan pernah tiada. Bila lagi nak berangkat mencari sayang Allah?


sumber- HM

Tip Pelancongan: Bersedia hadapi risiko

DENGAN perkembangan Internet dan promosi penerbangan tambang murah, semakin ramai wanita yang memilih untuk mengembara secara berseorangan. Panduan berikut dapat membantu golongan hawa terutama apabila bercuti di negara asing.

1. Bersikap realistik mengenai risiko dan sebarang kemungkinan membantu anda bersedia apabila ditimpa musibah di negara asing. Elakkan tiba di destinasi pada waktu malam. Jika ia tidak dapat dielakkan, buat tempahan penginapan dengan pengangkutan pergi-balik lebih awal. Pastikan anda memiliki wang secukupnya bagi mengelak terpaksa singgah di mesin teler automatik dengan pemandu teksi yang baru dikenali. Jangan mempercayai rakan baru secara membuta tuli, sebaliknya sentiasa menempah teksi atau bas menerusi kaunter khas di lapangan terbang.

2. Apabila keluar bersiar-siar, perhatikan papan tanda, mercu tanda atau nama jalan. Waspada dengan gelagat orang di sekeliling. Hati-hati sekiranya anda melihat lelaki sama berada di setiap destinasi anda kerana anda mungkin menjadi sasaran geng penjenayah. Jika dipelawa untuk bersembang sambil minum dengan lelaki baru ditemui, tolak secara berhemah dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti penginapan. Paling penting, jangan beritahu anda melancong secara solo.

3. Berpakaian perlu mengikut norma dan batasan tertentu mengikut budaya setempat. Aspek ini walaupun kelihatan remeh tetapi dapat mengelakkan anda menjadi tumpuan sekiranya berada di kawasan luar bandar dengan penduduk yang agak konservatif. Selain itu, ia menunjukkan anda peka dan hormat terhadap pegangan agama dan budaya walaupun sedang menikmati percutian bersama rakan. Ia juga boleh mengelak seseorang daripada menjadi mangsa gangguan seksual.


Sumber-HM

Persahabatan

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka. Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.


Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."


Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

· Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.
· Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
· Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.
· Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
· Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
· Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya. Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya..

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...hu2

faham tak citer nie?..he2

lawak..

lawak 3
Rasa Nak Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek.
Si nenek memicit-micit kepalanya.
"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.
"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.
"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.
"Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?
"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”...
ha3...




lawak 4

Menantu Hantu Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan.
Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
hahaha...
kurg asam pye menantu...hu2...

Fitokimia

Fitokimia (“fito” bermakna tumbuh-tumbuhan dalam bahasa Greek) merupakan pigmen dan sebatian bio-aktif dalam tumbuh-tumbuhan. Sedarkah anda bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang? Warna jingga,kuning, ungu dan hijau yang cantik itu penuh dengan fitokimia dan nutrient. Fitokimia melindungi tubuh dan turut membantu melambatkan proses penuaan.

ANTIOKSIDAN YANG MENGAGUMKAN&SERAT YANG HEBAT

Antioksidan adalah vitamin-vitamin khusus(seperti vitamin A,C&E),
Fitokimia dan mineral(seperti selenium) yang melindungi tubuh dari radikal-radikal bebas merbahaya. Radikal-radikal bebas akan memusnahkan sel-sel tubuh melalui proses yang dikenali sebagai pengoksidaan. Apabila bertambah banyak, ia dipercayai akan menyumbang kepada masalah kesihatan, termasuklah kanser!
Tambahan lagi, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang banyak. Antara pelbagai fungsi serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah melawaskan pembuangan air besar, membuang bahan kumuh toksik menerusi usus besar, menuraunkan kolesterol darah dan juga paras glukosa dalam darah.
Fitokimia , antioksidan dan serat diet akan bekerja bersama untuk melindungi anda daripada banyak penyakit, meningkatkan tahap kesihatan dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Dan ketiga-tiga komponen sihat ini boleh diperolehi daripada , buah-buahan dan sayur-sayuran yang lazat!

AMBIL 5 KALI SEHARI!

Panduan pyramid makanan Malaysia menyarankan orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan kanak-kanak pula lebih kurang 2 hingga 3 hidangan sehari. Oleh itu, cubalah petua-petua berikut sebagai garis panduan untuk memenuhi keperluan 5 sehari anda:
• Sediakan bekalan yang tetap-sama ada yang segar,kering atau beku.
• Tambahkan buah-buahan pilihan anda kepada sarapan pagi.
• Minumlah jus-jus buahan tulen 100% sebagai minuman sihat.
• Pelbagaikan pilihan sayur-sayuran anda setiap waktu makan.

MINUMLAH JUS!

Bukannya mudah untuk mendapatkan kanak-kanak memakan , buah-buahan dan sayur-sayuran mereka. Walaupun demikian anda perlu berusaha untuk mengalakkan mereka memakan makanan yang berkhasiat ini. Anda perlu menyediakan pelbagai jenis buah dan sayuran semasa makan tengahari atau malam. Anda boleh membiarkan sendiri anak anda memilih sendiri buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka gemar. Jika semuanya gagal,cara yang paling mudah untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka adalah dengan member mereka jus buah-buahan. Jus buah 100% mengandungi pelbagai nutrient. Termasuk vitamin C, folat, beta-karotena dan potassium.

Sunday, May 9, 2010

Friendship

A story tells that two friends were walking through the desert. During some
point of the journey they had an argument, and one friend slapped the
other one in the face.

The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the
sand:

TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE.

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a
bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning,
but the friend saved him. After he recovered from the near
drowning, he wrote on a stone:

TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE.

The friend who had slapped and saved his best friend asked him,
"After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone,why?"
The other friend replied "When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erased.

lawak la..

lawak 1

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah- Beliau tiba-tiba menjadi marah lalulangkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."



lawak 2

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

hampeh punya budak....hehehe:-p