Monday, May 10, 2010

Fitokimia

Fitokimia (“fito” bermakna tumbuh-tumbuhan dalam bahasa Greek) merupakan pigmen dan sebatian bio-aktif dalam tumbuh-tumbuhan. Sedarkah anda bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang? Warna jingga,kuning, ungu dan hijau yang cantik itu penuh dengan fitokimia dan nutrient. Fitokimia melindungi tubuh dan turut membantu melambatkan proses penuaan.

ANTIOKSIDAN YANG MENGAGUMKAN&SERAT YANG HEBAT

Antioksidan adalah vitamin-vitamin khusus(seperti vitamin A,C&E),
Fitokimia dan mineral(seperti selenium) yang melindungi tubuh dari radikal-radikal bebas merbahaya. Radikal-radikal bebas akan memusnahkan sel-sel tubuh melalui proses yang dikenali sebagai pengoksidaan. Apabila bertambah banyak, ia dipercayai akan menyumbang kepada masalah kesihatan, termasuklah kanser!
Tambahan lagi, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang banyak. Antara pelbagai fungsi serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah melawaskan pembuangan air besar, membuang bahan kumuh toksik menerusi usus besar, menuraunkan kolesterol darah dan juga paras glukosa dalam darah.
Fitokimia , antioksidan dan serat diet akan bekerja bersama untuk melindungi anda daripada banyak penyakit, meningkatkan tahap kesihatan dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Dan ketiga-tiga komponen sihat ini boleh diperolehi daripada , buah-buahan dan sayur-sayuran yang lazat!

AMBIL 5 KALI SEHARI!

Panduan pyramid makanan Malaysia menyarankan orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan kanak-kanak pula lebih kurang 2 hingga 3 hidangan sehari. Oleh itu, cubalah petua-petua berikut sebagai garis panduan untuk memenuhi keperluan 5 sehari anda:
• Sediakan bekalan yang tetap-sama ada yang segar,kering atau beku.
• Tambahkan buah-buahan pilihan anda kepada sarapan pagi.
• Minumlah jus-jus buahan tulen 100% sebagai minuman sihat.
• Pelbagaikan pilihan sayur-sayuran anda setiap waktu makan.

MINUMLAH JUS!

Bukannya mudah untuk mendapatkan kanak-kanak memakan , buah-buahan dan sayur-sayuran mereka. Walaupun demikian anda perlu berusaha untuk mengalakkan mereka memakan makanan yang berkhasiat ini. Anda perlu menyediakan pelbagai jenis buah dan sayuran semasa makan tengahari atau malam. Anda boleh membiarkan sendiri anak anda memilih sendiri buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka gemar. Jika semuanya gagal,cara yang paling mudah untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka adalah dengan member mereka jus buah-buahan. Jus buah 100% mengandungi pelbagai nutrient. Termasuk vitamin C, folat, beta-karotena dan potassium.

No comments:

Post a Comment