Saturday, May 8, 2010

misteri cinta2

Hari berlalu….

Suatu hari H telah memberitau aku satu bad news. Bahawa M telah kembali ke rahmatullah disebabkan pendarahan beku di kepalanya.. Terkejutnya aku. Belum sempat aku jumpa M. tetapi arwah M telah pergi untuk selama-lamanya.. sedangkan telah lama aku arwah x berhubung. Ini disebabkan sewaktu aku bergaduh dengan H dulu.. arwah pernah masuk campur dan memberikan aku nasihat. Tapi aku tidak mahu M masuk campur dalam urusan kami. Dan disebabkan itu aku tak contact lagi dengan M. Cuma yang membuatkan aku sebak, bila H menyampaikan kata2 akhir dari arwah M. yang arwah terlalu sayangkan aku.( pasti airmata ni mengalir bila teringatkan ayat2 itu).


Pada bulan awl bulan march 2010. H telah dibenarkan keluar dr HKL dan dibenarkan pulang. H telah pulang ke rumahnya di Muadzam shah, Pahang. Dan hubungan kami kembali seperti biasa. Aku juga pikir, tak lama lagi aku akan dapat jumpa H. Impian aku selama ini. H dah dapat berjalan seperti dahulu. Tapi dia tak sihat sepenuhnya lagi. Dan aku berharap cuti pertengahan sem dapat aku pergi melawat dia.

Tibanya cuti sem, semasa on the way pulang ke K.TRG.. H telah menyatakan bahawa dia akan masuk kerja balik pd minggu hadapan. Pilu juga hati ini. Bukan apa, aku teringin sangat nak jumpa dia. Sedangkan dia nak menjauh lak dari aku. Makin jauh dari aku…( ingatkan dia nak jumpa aku dulu sebelum masuk kerja..hu2).Terasa hati juga bila dia wt macam tu kat aku.

Hari berlalu..bulan berganti….
Hubungan aku dgn H, makin renggang. Ada sahaja masalah antara kami. Sehingga sampai satu tahap H ada melukakan perasaan aku. Sehingga buat aku menangis satu malam…terlukanya hati bila mengingat kembali detik itu. Tapi aku faham…yang lepas biarkanlah berlalu…

Pd akhir bulan march…H sekali lagi di masukkan ke hospital ( HKL)…disebabkan dia tekanan dengan kerja2 yang banyak tertunggak dan juga disebabkan hubungan kami yang x stabil lagi…
Aku dah rasa tawar hati dengan dia..nak tau sbb pe? Sebab tiap kali dia call aku..suara dia same macam arwah M. sangat sama. Pernah sekali aku cakap kat dia, and Tanya dia. Adakah dia dan arwah M..orang yang sama. Tapi dia nafikan. Siap bersumpah dengan nama Allah lagi..dan sanggup junjung Al-QURAN …

Tapi aku tak boleh percaya. Kalau Tanya kwan2 pun. Mesti kwan2 ckap H tu seorang perempuan. Tapi kalau H tu seorang perempuan..siapakah dia?? Sedangkan M telah meninggal..disebabkan itu..aku menyepikan diri..aku tau H sakit, time cakap dengan H pun. H batuk2..kasihan kt dia..tapi aku betul2 confused..sampai seminggu lebih kadang2 aku tak mesej dia. Kalau aku mesej dia mesti aku marah2 dia. Tapi aku tak faham..kenapa dia tak pernah marah aku. Kadang2 sengaja aku lakukan kesalahan, agar dia marahkan aku. Tapi dia tak pernah marahkan aku.aku tak faham kenapa dia sngat penyabar.

And lastly…

Setelah aku lama tak mesej and terima panggilan H. H still hantar mesej and call aku. Dengan bermacam2 rayuan. Tapi hati aku betul2 tertutup untuk aku kembali kepada H seperti dulu. Malam tu, member H ada mesej aku keadaan H macam mana. Member H ada cakap bahawa keadaan H makin tenat. Member juga tau aku dgn H ada masalah. Dan dia harap aku dapat settlekan masalah itu dengan baik coz dia cakap H sangat memerlukan aku dan sangat menyayangi ku.seperti mana yang dia terbaca dalam diari H. dan dia juga nasihatkan aku supaya datang melawat H. aku sedih kerana aku tak kan dapat melawat H.
Atas faktor masalah kewangan dan juga masa.. member H ada cakap kat aku malam tu. Yang H akn di transferkan ke Hospital kuantan. ( buat pengetahuan kalian, H merahsiakan keadaan dia (penyakit dia ) dari family semasa kali kedua dia dimasukkan ke HKL. Apabila family dia telah diberitahu oleh pihak hospital. Family dia mintak di pindahkan.

3 may 2010- H telah dipindahkan ke hospital kuantan. Sejak dari itu. H tak mesej aku n tak call aku lagi. Aku juga terasa, knp H tak inform aku bahawa dia akan di pindahkan. N disebabkan aku sedikit busy. Aku pun tak Tanya dia.

5 may 2010- aku terkejut bila menerima satu mesej dari A(tunang kepada arwah M,yang menggunakan no.fon arwah M) yang mengucapkan salam takziah kepadaku, kerana H telah menghembuskan nafas terakhir kira2 jam 11pm( 4 may 2010). Saat itu aku rasa bagaikan mimpi. Aku tak percaya!!! Dan tak pernah aku sangka semua itu akan terjadi. Sebelum arwah meninggal..arwah ada menghantar beberapa mesej yang membuatkan aku sebak bila membacanya… Ya ALLAH…hanya tuhan je tau.betapa sebaknya perasaan ini.dan perasaan aku tak menentu pada saat ini.terlalu perit utk aku hadapi semua ini…

**buat pengetahuan kalian juga-tiap2 kali arwah H meseg aku, mesti gune no fon yang sama..begitu juga dengan Abg long,kakak ipar,adik and kawan2 arwah H. Kalau sampaikan berita or inform apa2 kt aku msti guna satu no. yang sama. Ini membuatkan aku pelik. Adakah diorng sebenarnya wujud? Atau meseg2 tersebut hanya direka oleh arwah.

* aku hingga saat ini..masih tertanya-tanya..siapakah arwah sebenarnya? Knp suara dia macam perempuan? Adakah dia dengan arwah M adalah orang yang sama? Kalau sama? Macam mana? Sedangkan arwah M telah lama meninggal? Siapakah sebenarnya dia? aku betul2 confused..tekanan sangat memikirkan semua ini. Tapi jika arwah H adalah seorang perempuan? Gmbar lelaki manakah yang menjadi koleksi simpanan aku selama ini? Siapakah dia? aku keliru…jika arwah H seorang lelaki..alangkah berdosanya aku melayan arwah sebegitu..

Aku menulis coretan ini adalah sebagai luahan hati.kerana hanya disini sahaja aku dapat meluahkan apa yang terpendam di hati… …tapi aku tak mampu meluahkan segala2nya disini…terlalu panjang untuk aku huraikan…mungkin ada diantara kalian gelak dantertawa bila membaca coretan ini. Mungkin juga ada yang menganggap ini adalah rekaan semata-mata..Tetapi inilah sebenarnya yang berlaku pada diriku. Hanya kpd Allah aku memohon ketenangan..berakhirlah selama 7 bulan lebih hubungan aku dan arwah H..bersamalah kita menghadiahkan AL-FATIHAH untuk arwah.

No comments:

Post a Comment