Wednesday, May 26, 2010

Setiap ujian hadapilah dengan sabar…

Setiap ujian hadapilah dengan sabar…



Bermacam-macam ujian kita hadapi.siapa kita? Pelajar, pekerja, penganggur..semuanya menghadapi dugaan dan ujian dalam hidup ini. Bezanya Cuma samada ujian tu kecil dan besar sahaja. Apa pun setiap ujian yang kita terima dari Allah s.w.t itu..kita mestilah menghadapinya dengan sabar, terima lah ujian dan dugaan itu seadanya. Kerana pasti ada hikmah di sebalik ujian itu. Lumrah kehidupan ..Hidup umpama roda, kadang-kala kita berada dibawah,kadang-kala kita berada diatas.. Begitulah putaran kehidupan. Tapi jangan lah sesekali kita lupa kehidupan dibawah ketika kita di atas.dan janganlah kita bersedih ketika kita berada di bawah..Sebenarnya..Tika kita dilanda kesusahan,ingatlah bahawa masih ada insan lain lagi yang lebih susah daripada kita..

Jika kita seorang penunggang motorsikal,janganlah kita bandingkan diri kita dengan seorang pemandu kereta mewah tapi bandingkan lah diri kita dengan seorang pengayuh basikal.. kerana kita berfikir bahawa hidup kita sukar kerana hanya menunggang motorsikal sahaja..tapi sedarkah kita bahawa disana masih ada yang hanya mengayuh basikal… tapi janganlah kita pandang pemandu kereta dan berfikir bahawa kita lemah. Kerana kita dapat mengambil inspirasi dan kekuatan dari situ dari situ. Fikirkan diri kita akan mampu setaraf dengannya jika kita berani mengubah diri kita kepada yang lebih baik.Cuba capai cita-cita dan impian kita. Malah kita boleh jadi lebih Berjaya daripada pemandu kereta mewah itu..

No comments:

Post a Comment