Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

khasiat air putih..

Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih.Tahukah anda bahawa air putih mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

Berikut enam sebab yang saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan
-Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet.he3. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
-Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
-Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan berkesan.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
- Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
- Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
-Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

ha...apalagi..jom lepas nie .kita pakat minum air putih banyak2..(tapi jangan terover lak ek...hu3)

Tuesday, May 11, 2010

Bahaya Bulimia

Bulimia: Kaedah Kuruskan Badan yang Boleh Bawa Maut


Gaya model kurus bak papan lapis, menjadi idaman kebanyakan remaja. Bahkan, tuntutan dunia peragaan yang masih percaya kepada falsafah semakin kurus semakin cantik dan laris sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada masalah bulimia di kalangan remaja.

Bulimia? Mungkin ramai di antara kita biasa mendengar perkataan ini walaupun tidak tahu secara mendalam tentangnya namun mungkin ada juga yang tidak pernah langsung mendengar perkataan ´bulimia´ ini. Apakah maksud sebenar ´bulimia´ ini?Secara umumnya bulimia atau ´Bulimia Nervosa´ merupakan salah satu penyakit yang berkait rapat dengan tabiat permakanan seseorang. Bulimia terjadi kepada mereka yang terlalu ingin menguruskan badan sehingga sanggup mengawal pemakanan secara yang melampau.

Pesakit bulimia ini biasanya menganggap diri mereka sebagai terlalu gemuk dan mempunyai potongan badan yang tidak menarik. Ia juga merupakan masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai penampilan kurus, berat badan dan makanan.Pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian ´memuntahkan´ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat buang air besar, puasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman yang keterlaluan.

Kaum wanita biasanya lebih terdedah kepada penyakit ini berbanding lelaki. Ini kerana lumrah bagi setiap wanita untuk kelihatan langsing dan cantik pada pandangan umum. Oleh itu, bulimia menjadi pilihan mereka untuk kurus dengan sekelip mata. Individu yang mengalami masalah ini berasakan diri mereka gemuk, walaupun kenyataannya berat badan mereka normal.Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar psikologi untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit bulimia. Kebanyakan mereka percaya penyakit ini disebabkan oleh ketidakpuasan seseorang terhadap bentuk badannya sendiri dan ia juga berkait rapat dengan psikologi dan gangguan minda.Berbeza dengan masalah aneroksia nervosa kerana golongan ini tidak makan langsung semata-mata mahu kurus.

Biasanya pesakit bulimia rasa bersalah pada diri sendiri setiap kali mereka makan dan ini menyebabkan mereka ´memuntahkan´ semua yang dimakan. Penyakit ini juga bermula dengan ketidakselesaan individu terhadap berat dan bentuk badan sendiri. Mereka akan membandingkan berat dan bentuk badannya dengan orang lain. Golongan ini biasanya menyembunyikan perlakuan ´makan banyak dan muntah´ daripada pengetahuan orang lain.Akibat daripada kekurangan mineral dan zat-zat yang diperlukan dalam badan, hormon dalam badan menjadi tidak seimbang. Ini sekaligus menyebabkan mereka mudah tertekan dan sering hilang kawalan.

Pesakit juga akan kelihatan tidak bermaya, cepat letih, kaki bengkak, hilang deria sentuh pada kaki dan tangan dan mengalami sakit gusi dan gigi.Bulimia ini sebenarnya banyak membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan. Bagi mereka yang mahu kurus, bulimia mungkin memberi pulangan yang mudah. Namun dalam masa yang sama, mereka bakal berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti dehidrasi dan kekeringan, kadar denyutan jantung tidak normal, gigi sensitif serta gangguan pada sistem penghadaman. Selain itu, mereka mungkin muntah bercampur darah yang menandakan ada luka pada esofagus iaitu laluan makanan dari tekak ke perut atau pada perut.Tekanan dan kemurungan adalah masalah paling biasa di alami oleh pesakit bulimia, justeru perlu dirawati dengan segera kerana ada di kalangan pesakit ini cenderung untuk membunuh diri.

Tabiat pemakanan mereka perlu dihentikan daripada terus merebak dan mengancam nyawa mereka. Selain memberikan kaunseling dan nasihat tentang cara pemakanan yang betul, doktor juga biasanya akan memberikan ubat untuk meredakan kesakitan pesakit dan seterusnya dirujuk kepada pakar sakit jiwa sekiranya tiba di tahap yang kronik.Pesakit bulimia ini sebenarnya memerlukan sokongan daripada ahli keluarga kerana kebarangkalian untuk pesakit kembali ke kancah bulimia adalah tinggi. Katakan kepada mereka bahawa penentu kasih sayang bukanlah bergantung kepada bentuk badan seseorang, malah ia bukanlah ciri untuk mencapai kajayaan.

Kesimpulannya, adalah tidak salah bagi kita untuk kelihatan cantik menarik pada pandangan umum, namun, renungkanlah apa yang terpaksa kita korbankan semata-mata untuk tujuan itu. Sanggupkah kita mempertaruhkan nyawa kita yang tidak ternilai ini semata-mata untuk kelihatan langsing dan menarik yang belum tentu berkekalan? Jawapannya di tangan anda.

Monday, May 10, 2010

Fitokimia

Fitokimia (“fito” bermakna tumbuh-tumbuhan dalam bahasa Greek) merupakan pigmen dan sebatian bio-aktif dalam tumbuh-tumbuhan. Sedarkah anda bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang? Warna jingga,kuning, ungu dan hijau yang cantik itu penuh dengan fitokimia dan nutrient. Fitokimia melindungi tubuh dan turut membantu melambatkan proses penuaan.

ANTIOKSIDAN YANG MENGAGUMKAN&SERAT YANG HEBAT

Antioksidan adalah vitamin-vitamin khusus(seperti vitamin A,C&E),
Fitokimia dan mineral(seperti selenium) yang melindungi tubuh dari radikal-radikal bebas merbahaya. Radikal-radikal bebas akan memusnahkan sel-sel tubuh melalui proses yang dikenali sebagai pengoksidaan. Apabila bertambah banyak, ia dipercayai akan menyumbang kepada masalah kesihatan, termasuklah kanser!
Tambahan lagi, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang banyak. Antara pelbagai fungsi serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah melawaskan pembuangan air besar, membuang bahan kumuh toksik menerusi usus besar, menuraunkan kolesterol darah dan juga paras glukosa dalam darah.
Fitokimia , antioksidan dan serat diet akan bekerja bersama untuk melindungi anda daripada banyak penyakit, meningkatkan tahap kesihatan dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Dan ketiga-tiga komponen sihat ini boleh diperolehi daripada , buah-buahan dan sayur-sayuran yang lazat!

AMBIL 5 KALI SEHARI!

Panduan pyramid makanan Malaysia menyarankan orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan kanak-kanak pula lebih kurang 2 hingga 3 hidangan sehari. Oleh itu, cubalah petua-petua berikut sebagai garis panduan untuk memenuhi keperluan 5 sehari anda:
• Sediakan bekalan yang tetap-sama ada yang segar,kering atau beku.
• Tambahkan buah-buahan pilihan anda kepada sarapan pagi.
• Minumlah jus-jus buahan tulen 100% sebagai minuman sihat.
• Pelbagaikan pilihan sayur-sayuran anda setiap waktu makan.

MINUMLAH JUS!

Bukannya mudah untuk mendapatkan kanak-kanak memakan , buah-buahan dan sayur-sayuran mereka. Walaupun demikian anda perlu berusaha untuk mengalakkan mereka memakan makanan yang berkhasiat ini. Anda perlu menyediakan pelbagai jenis buah dan sayuran semasa makan tengahari atau malam. Anda boleh membiarkan sendiri anak anda memilih sendiri buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka gemar. Jika semuanya gagal,cara yang paling mudah untuk menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka adalah dengan member mereka jus buah-buahan. Jus buah 100% mengandungi pelbagai nutrient. Termasuk vitamin C, folat, beta-karotena dan potassium.

Sunday, May 9, 2010

3 tips untuk “melarikan diri dari makanan”..

Apabila ingin berdiet, perkara yang paling sukar dilakukan ialah 'melarikan diri' daripada makanan yang lazat dan enak. LEbih lebih lagi jika makanan tersebut hidangan kegemaran. Berikut beberapa tip untuk menhadapi godaan makanan ini.

1. THINK FIRST - daripada anda makan apa sahaja yang terlihat oleh mata, lebih baik anda tanyakan pada diri anda sendiri dahulu, adakah anda benar benar ingin menikmati makanan tersebut.

2. MINUM BANYAK AIR - pastikan anda membawa sebotol air minuman/mineral walau kemana sahaja anda pergi. Ini untuk megelakkan anda daripada mengambil minuman ringan (soft drinks) apabila anda berasa dahaga. Selain daripada memangkas kalori, cara ini juga dapat megelakkan dehidrasi.

3. MAKANLAH DENGAN TERATUR - lebih baik memilih buah atau salad untuk menggantikan makan malam lengkap atau sarapan. Antioksida dalam buah dan sayur juga dapat membantu melawan sel sel radikal bebas yang dapat merosakkan kulit kerana sinaran matahari.