Saturday, July 30, 2011

sedih??kecewa??terasa??terasing? ? knp dgn aqu..apa yg tidak kena...
knp saat ini ku rasakn begitu terasing dlm keriuhan...padahal aku di kelilingi teman2...
Ya Allah..Jika aku Lemah..kau kuatkan lah aku...kau kuatkan lah aku...Amin.

Friday, July 29, 2011

MULTIPLEXER

  • Is a device that allows information from several sources to be routed onto a single line for transmission.
  • Also known as DATA SELECTOR
  • It has several data-input lines and a single output line.
  • It has data-select inputs

Multiplexer is very useful in application of the computer-controlled system design.

For example: Data Acquisition System (DAS)


Advantages of multiplexer

  • Multiplexer reduces the circuit complexity
  • Multiplexer eliminates duplication of circuitry

Wednesday, July 20, 2011

Rangkaian kawasan tempatan (LAN)

Apa Itu Rangkaian Komputer?

  • Rangkaian Komputer ialah 2 atau sekumpulan komputer yang dihubungkan untuk berkongsi perkakasan , perisian dan maklumat.
  • Rangkaian Komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik.

Apa Itu Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)?

~(LAN) merupakan rangkaian komputer yang berkongsi sama ada perkakasan, perisian atau data

~Biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus
~Rangkaian dirangkaikan dengan menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan cahaya infrared

RANGKAIAN KAWASAN TEMPATAN (LAN)

-LAN dibangunkan pada awal 1970an

-Tujuan utama - mengurangkan bilangan saluran dengan berkongsi sambungan di antara komputer dan Teknologi LAN mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan sambungan komputer.

-Tidak sesuai untuk jarak jauh kerana masalah koordinasi

-
LAN selalunya mempunyai jarak kurang dari 2 km
-Menghantar data lebih kurang 10 Mbps, 100 Mbps dan 1000 Mbps

-Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS


Komponen-komponen Utama Rangkaian Komputer

~Servers – komponen yang menyediakan perkongsian sumber kepada pengguna Rangkaian

~Client – komputer yang boleh mencapai perkongsian sumber yang disediakan oleh Server

~Medium – komponen yang membenarkan komputer dan perkakasan rangkaian disambung antara satu sama lain



Server/ Fail Pelayan

Fail pelayan merupakan tunggak utama kebanyakkan rangkaian- Disebut juga sebagai host
Sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka
Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi.
Memberikan perkhidmatan kepada semua workstation berkaitan perkhidmatan yang diberikan olehnya umpamanya percetakan, penyimpanan data, pengurusan dan aplikasi.

Stesen Kerja /client

Kesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja.
Merupakan pelanggan yang menggunakan perhidmatan server.
Workstation mampu berkomunikasi dan berkongsi data, peranti dan sebagainya.
Penjenisan bergantung kepada kongfigurasinya dengan NIC, network software dan pendawaian.
Workstation tidak semestinya dilengkapi dengan pemacu cakera ( CDROM).

Medium

Laluan fizikal yang menyambungkan rangkaian komputer di mana ia membolehkan mesej bergerak dari pengirim ke penerima.
Ia mungkin terdiri dari sepasang pengalir atau dawai,kabel sepaksi, gentian optik atau gelombang mikro.
Jenis media yang digunakan adalah penting kerana ia menentukan kadar maksima penghantaran data, dalam bit per sesaat atau bps.


Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking)

Berkongsi Fail-Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

Memindahkan Fail-Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

Berkongsi Perisian (Aplication)-Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

Berkongsi data dan menjimatkan masa -Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

Berkongsi Perkakasan-Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) -Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.