Saturday, May 8, 2010

misteri cinta1

Terlalu banyak kenangan aku dan dia. Namun sehingga kini persoalan itu masih tidak terjawab.menjadi teka-teki yang tak kan pernah ada jawapan.

Aku mengenali H pada bulan puasa tahun lepas. Ketika aku di semester 2 di pusat pengajian. Pada hari raya aidifitri tahun lepas, H telah melamar aku untuk menjadi kekasih hatinya. Aku menerimanya kerana yakin dia adalah terbaik bagiku. Dan ketika itu aku merasakan akulah insan yang paling bahagia.

Sebenarnya pengenalan aku dengan H, bermula dengan sepupunya( perempuan) yang bernama M. aku tidak pernah kenal siapa M sebenarnya. Yang aku tahu tentang dia, dia masih study di sebuah kolej swasta di Kelantan. M berasal dari penang ,berumur 19 tahun dan anak bongsu daripada 2 beradik. M Cuma mpunyai seorang abang. Disebabkan itu M meminta aku menjadi kakaknya. M begitu baik. Sepanjang aku mengenal M, aku dapati M kekurangan kasih sayang daripada keluarganya. Disebabkan parents nya yang selalu sibuk berkerja(kedua-duanya pegawai perubatan). Dan pada tahun lepas juga, abah M telah mengalami kemalangan jalan raya dan telah kembali ke rahmatullah. salam takziah untuk M dan famili.

Seterusnya kita sambungkan mengenai H. sebenarnya buat pengetahuan kalian, aku dan H tidak pernah pun berjumpa. Hanya handphone menjadi penghubungan antara kami. Buat pengetahuan kalian, H adalah lulusan sarjana muda sains seni bina di sebuah IPTA. Dan dia seorang arkitek di sebuah company swasta di Kuala Lumpur.

Pada tahun lepas H, telah dihantar ke Miri, Sarawak untuk menjalani kursus selama 3 bulan di sana. Sepanjang dia disana hubungan kami seperti biasa sahaja. Dan aku terlalu bahagia dgn dia. Kerana aku tak pernah menemui seorang insan seperti dia. Terlalu baik, peryabar, penyayang. Semua sikapnya membuatkan aku menyenanginya dan makin memyayanginya. Masa berlalu, suatu hari H pengsan di tapak pembinaan, dan dimasukkan ke hospital. Betapa terkejutnya aku apabila H memberitahu aku dia dikenalpasti menghidap penyakit paru-paru berair, stage 4.dan doctor mengesahkannya bahawa peluang H untuk hidup lama adalah tipis. Hanya tuhan je yang tahu perasaan aku..sebaknya.

Rupanya-rupanya, selama ni, H kerap batuk, muntah berdarah dan pengsan disebabkan penyakit itu. Namun begitu, perasaan sayang aku terhadap H semakin hari semakin dalam dan aku tak sanggup jika aku kehilangannya. H banyak berpesan padaku supaya mengejar cita-citaku. Dan juga mencabar aku bagi mendapat segulung ijazah, untuk diri aku..untuk family aku dan juga untuk dia. Tidak dinafikan H banyak memberikan aku sokongan dan semangat untuk aku terus gigih berlajar.

Untuk pengetahuan kalian, H pernah kecewa dalam cintanya. Sebelum H kenal aku, H telah kenal seorang wanita lain. Dan aku tahu dia sangat menyayangi wanita itu.wanita itu juga adalah rakan sekuliahnya di universiti dulu.dan H pernah bercerita padaku hubungan cinta mereka dah mencecah 3 tahun. namun terlerai jua akhirnya pada hari pertunangan mereka, yang sepatutnya hari itu. Hubungan mereka diikat dengan tali pertunangan. Tetapi disebabkan wanita itu melarikan diri disaat majlis pertunangan itu bermula. Maka majlis itu dibatalkan. H menceritakan padaku. Betapa malunya family nya pada hari itu. Jatuh air muka abahnya. Perasaannya pula hancur berkecai.sehingga hampir 2 tahun dia hidup tidak tentu arah.

Semasa H terlantar disana juga. Bekas teman wanitanya juga ada melawatnya disana. Aku tak faham dengan H, dia masih boleh menerima kehadiran bekas kekasihnya itu sebagai kawan. Sedangkan wanita itu telah banyak melukakan hatinya. Aku sebagai seorang perempuan terbakar cemburu melihat phubungkan mereka. Disebabkan itu, hubungkan aku dgn H, selalu bermasalah. Disebabkan aku seorang yang cemburu. Siapa yang tidak cemburu bila kekasihnya ditemani oleh orang lain ketika dia sedang sakit. Tapi apakan dayaku. Aku tidak mampu untuk kesana melawat H.

Sepanjang phubungan kami, boleh dikira berapa kali H menelefon aku. Dan tiap kali aku menelefon H. H tak pernah angkat n akan bagi macam2 alasan kemudiannya. Belum sempat H menamatkan kursusnya di sana. H telah ditransfer ke HKL. Aku sangka bila H di HKL aku dapat melawatnya. Namun H sesekali tidak membenarkan aku melawatnya. Dengan alasan, H tidak mahu aku melihatnya dalam keadaan dia macam tu. Dia takut akan menjejaskan pelajaran aku apabila melihatnya dalam keadaannya macam tu.

Tapi aku juga cemburu bila ex gf nya, datang melawatnya. Tetapi sebagai rakan sekerja. Buat pengetahuan kalian, bekas teman wanita nya itu juga seorang arkitek di sebuah company lain. Tetapi company diorang selalu berkerjasama. Hal ini, menyebabkan aku berasa agak sedikit rendah diri. Siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan bekas teman wanitanya dulu. Aku Cuma seorang student, tapi dia pula seorang yang berkerjaya. Dia mampu lakukan apa2 sahaja. disebabkan itu, aku sering bergaduh dengan H. beberapa kali juga aku minta H lepaskan aku. Namun H Sabar. Dan menerangkan situasi sebenar.walaupun hati aku terluka namun Aku masih lagi menerima H. Kerana aku sayangkan dia..

Sebenarnya, aku tidak pernah face to face dengan H. hanya melalui gambar sahaja aku kenal dia. Dan banyak gambar dia menjadi koleksi simpanan aku. Dan dia juga. Aku pun tak pasti bila aku dapat jumpa dia. Tapi dia cakap padaku. Janganlah menyusahkan diri. Nanti bila dia sembuh dan pulih, dia akan datang jumpa aku..

Sekarang, kita sambungkan cerita mengenai M. Ingat lagi tak? Adik angkat aku, merangkap sepupu H. banyak ceritanya,tapi aku just pick up sebahagian je. M semakin hari semakin rapat dengan aku.tiap-tiap hari dia call aku. Sembang2 1-2 jam. Mula-mulanya ok juga. Aku layan je. Tapi lama-lama, aku rasa rimas lak. Yela, dengan kerjanya banyak. Nak layan orang sembang lagi. Tak larat aku. Last-last aku jarang angkat bila M call aku. Bila mesej aku bagi je alasan busy. Memang aku busy pun( ckit2 la)..

Tapi hubungan kami masih baik, tapi tak rapat macam dulu. Time aku tak busy aku mesej la dia, Tanya khabar. Satu hari H ( my bf) bagitau aku M kemalangan jalanraya masa keluar beli makanan dengan member dia. Dan dimasukkan ke hospital. Teruk juga la. Coz berlaku pendarahan kt kepala dia. Mama M sendiri yang operate pada bahagian kepala M. selepas itu M koma beberapa hari.
Selepas M sedar, M ada juga mesej n call aku. N ada Tanya macam mana hubungan aku dengan H. walaupun pada saat itu, aku gan H gaduh. Aku cakap kt M, hubungan kami ok je. Sedih juga aku dengar suara M, perlahan je..macam xada tenaga untuk bercakap je.sesekali kedengaran M Batuk.

Hubungan aku gan H pula macam biasa. Kalau dulu H jarang-jarang call aku. Tapi sekarang H makin kerap call aku. Selalu je call. H masih lagi di HKL. Tapi yang aku confused, kenapa suara H, hampir sama dengan suara M. . buat aku tertanya-tanya.

M pula telah sembuh dan mula menjalani praktikal kt HSNZ, kuala Terengganu. Buat pengetahuan kalian M adalah bakal nurse. M pernah ajak aku jumpa. Tapi malangnya aku berada jauh di utara tanah air masa tu. Time aku cuti sem, M pula dah tamat praktikal n masuk study balik kt kolej dia. So, xdapat la aku nak jumpa adik angkat aku tu. Just tgk gambar dia je la. Dia pun selalu cakap nak jumpa aku. Tapi masa tak mengizinkan. Pernah sekali tu, time aku habis exam dan nak balik ke kampung. Aku nak singgah kat Kota Bharu. Tapi tak jadi coz time tu, adik aku( M) tu tengah exam kt kolej dia. Tak kan aku nak jumpa lak time dia exam. Tkut menganggu je nanti.


*hubungan aku dgn H lak semakin lama, semakin jauh..aku tak tahu kenapa. H juga semakin lama semakin berubah. Memang jauh dengan sikapnya yang dulu. KalAU dulu H seorang yang penyabar. Sekarang tidak lagi.. H telah berubah menjadi seorang yang panas baran, kuat cemburu dan pemarah. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia tekanan dengan kesihatan dia. Kakak ipar H, pernah beritau aku yang H, Xdapat terima hakikat, bahawa penyakitnya sudah tiada harapan lagi untuk sembuh. Namun aku tidak berputus asa. Aku berikan H kata-kata Semangat dan aku yakin maut itu hanya di tangan tuhan. Dan aku cakap kt H, sesekali menyerah kalah dan berputus asa. Kadang-kadang pilu juga hati aku, bila H mengadu sakit.

Sepanjang DI HKL, beberapa kali doctor telah menebuk satu lubang pada bahagian tepi tulang rusuk H, bagi mengeluarkan cecair yang ada di dalamnya. Dan doctor juga telah mengesahkan. Jangkitan sudah melebihi 50% dari paru2 H. H tidak dapat berjalan lagi sperti dahulu. Hidup H Cuma terlantar atas katil..dan badannya kini dipenuhi wayar2… kasihan kt H..aku Cuma mampu menangis dan berdoa kpd Allah, moga dikurangkan penderitaan H. dan aku berjanji pada diri. Walau apapun terjadi. Aku akan tetap bersama dia…..

Bersambung pada misteri cinta2..

No comments:

Post a Comment