Sunday, May 9, 2010

lepaskanlah..

Melepaskan orang yang kita cintai dan juga orang yang kita sayangi dalam hidup ini adalah satu perkara yang amat sukar untu kita lakukan.. tetapi kita perlu juga untuk melakukannya. Adakah anda pernah melepaskan seseorang yang anda sayang pergi dalam hidup anda? Hanya orang yang pernah melalui sahaja, dapat merasai bagaimana peritnya bila membiarkan orang yang dia sayangi pergi…

Persoalannya..kenapa kita biarkan dia pergi?
Ini kerana, kita sangat sayangkan dia..Jika kita tidak membiarkan dia pergi, kita mungkin akan meyeksakan dia, sanggupkah kita lihat orang yang kita sayang terseksa kerana kita? sanggupkah kita…
Walaupun kita tahu,jika kita melepaskan dia pergi....bermakna kita akan kehilangan dia dan mungkin juga kita akan kehilangannya buat selamanya..peritkan hidup kita..
tapi anggaplah itu satu pergorbanan kita dan hadiah kita untuk kehidupan dia.( lagipun bercinta memang memerlukan pergorbanan kan?..) jadi kita perlu yakin..seandainya tuhan takdirkan dia untuk kita,suatu hari nanti dia akan kembali kepada kita jua…

No comments:

Post a Comment