Monday, May 10, 2010

Tip Pelancongan: Bersedia hadapi risiko

DENGAN perkembangan Internet dan promosi penerbangan tambang murah, semakin ramai wanita yang memilih untuk mengembara secara berseorangan. Panduan berikut dapat membantu golongan hawa terutama apabila bercuti di negara asing.

1. Bersikap realistik mengenai risiko dan sebarang kemungkinan membantu anda bersedia apabila ditimpa musibah di negara asing. Elakkan tiba di destinasi pada waktu malam. Jika ia tidak dapat dielakkan, buat tempahan penginapan dengan pengangkutan pergi-balik lebih awal. Pastikan anda memiliki wang secukupnya bagi mengelak terpaksa singgah di mesin teler automatik dengan pemandu teksi yang baru dikenali. Jangan mempercayai rakan baru secara membuta tuli, sebaliknya sentiasa menempah teksi atau bas menerusi kaunter khas di lapangan terbang.

2. Apabila keluar bersiar-siar, perhatikan papan tanda, mercu tanda atau nama jalan. Waspada dengan gelagat orang di sekeliling. Hati-hati sekiranya anda melihat lelaki sama berada di setiap destinasi anda kerana anda mungkin menjadi sasaran geng penjenayah. Jika dipelawa untuk bersembang sambil minum dengan lelaki baru ditemui, tolak secara berhemah dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti penginapan. Paling penting, jangan beritahu anda melancong secara solo.

3. Berpakaian perlu mengikut norma dan batasan tertentu mengikut budaya setempat. Aspek ini walaupun kelihatan remeh tetapi dapat mengelakkan anda menjadi tumpuan sekiranya berada di kawasan luar bandar dengan penduduk yang agak konservatif. Selain itu, ia menunjukkan anda peka dan hormat terhadap pegangan agama dan budaya walaupun sedang menikmati percutian bersama rakan. Ia juga boleh mengelak seseorang daripada menjadi mangsa gangguan seksual.


Sumber-HM

No comments:

Post a Comment