Thursday, May 13, 2010

Gabungan warna serlahkan seri wajah

SOLEKAN penting untuk mereka yang mahu menghadiri sebarang majlis selain pakaian. Namun, solekan perlu bersesuaian bagi menonjolkan penampilan.

solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.

Bagi solekan waktu malam, , warna yang digunakan perlulah lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

Solekan mata, perlu diserlahkan dengan warna seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau terang berbanding bahagian bawah muka iaitu bahagian bibir dan pipi.

Pembayang mata dengan warna terang dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.
selain pembayang mata, pemerah pipi dan gincu juga perlu senada dan bersesuaian jika tidak solekan tidak nampak seimbang.

Langkah Demi Langkah:

1. Pemakaian bedak asas dengan menggunakan span (sapu ke bawah). Jika mahu sapuan bayangan gelap tulang pipi dan hidung boleh di buat untuk membentuk wajah.
2. Ratakan bedak debu ke seluruh muka menggunakan span khas. Kemudian gunakan berus besar untuk warna sekata.

3. Pembayang mata berwarna ungu lembut disapukan pada kelopak mata kemudian sapukan ungu yang lebih gelap di bahagian bawah hujung kening bagi menyerlahkan bentuk kening. Gunakan teknik 'smoke'.

4. Lukis kening mengikut bentuk kening yang asal. Bagi kening tebal kemaskan dengan menggunakan berus.

5. Lukis celak ikut bentuk mata menggunakan pensil atas dan bawah dilukis tebal. Kemudian sapukan warna ungu di bawah mata buat teknik 'smoke' untuk menyerlahkan lagi mata.

6. Pilih pemerah pipi yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sapu dari atas tulang pipi hingga ke tengah pipi supaya dapat menyerlahkan pipi. Gunakan campuran warna merah jambu dan coklat

7. Pilih gincu atau pengilat bibir yang sesuai dengan warna kulit bagi menyerlahkan lagi wajah dan solekan anda. Lukis bibir menggunakan warna yang sama dengan gincu kemudian sapukan gincu dan akhir sekali dengan pengilat bibir dan boleh gunakan berus untuk meratakan gincu dan pengilat bibir.


p/s: terasa lak nak cuba make-up lepas nie..hu3..tapi xde pegalaman lagi bab2 make-up nie..

No comments:

Post a Comment